Perak Hari Ini

Buat pelan hapus setinggan

Gambar File

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Negeri berjaya mempercepatkan penyediaan pelan terhadap kampung-kampung tersusun termasuk Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) di seluruh negeri bakal demi membantu Kerajaan Negeri mencapai matlamat setinggan sifar menjelang Disember 2012 kelak.

Pengarah JPBD Negeri, Datuk Dr Dolbani Mijan berkata, pihak JPBD juga tidak menghadapi masalah dalam penyediaan pelan-pelan berkenaan dan pihak JPBD juga telah menubuhkan jawatankuasa teknikal khusus dalam membantu penyelarasan terhadap pelan-pelan berkenaan.

Menurutnya, pihak pihak pejabat tanah di setiap daerah juga telah banyak membantu dalam pelbagai aspek bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“JPBD sememangnya terlibat secara langsung bagi membantu Kerajaan Negeri mencapai matlamat Setinggan Sifar sebagaimana yang dilaungkan oleh pihak Kerajaan Negeri menjelang Disember 2012 nanti.

“Penyediaan pelan kampung-kampung tersusun serta RPT juga telah dapat kita percepat berdasarkan lonjakan yang telah diinovasi sejak tiga tahun lalu.

“Oleh itu, kita tak hadapi masalah-masalah kritikal dalam penyediaan plan tersebut dan pihak Kerajaan Negeri juga berpuas hati kerana kita telah berjaya laksanakan penyediaan pelan-pelan berkenaan dengan cepat dan efisien,” katanya kepada Sinar Harian.

Dolbani berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Fadzil Mohd Khir.

Difahamkan, pada 2010 seramai tujuh warga JPBD Negeri telah terpilih bagi menerima APC sementara seramai enam pula diberikan penghargaan kerana telah berkhidmat selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, Mohd Fadzil berkata, APC yang dianjurkan pada setiap tahun ini adalah bertujuan bagi meraikan warga kerja JPBD yang telah mencapai tahap kecemerlangan serta menunjukkan prestasi kerja yang terbaik berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak JPBD.

Katanya, anugerah berkenaan juga diharap dapat menjadi pendorong serta pembakar semangat untuk semua ahli JPBD untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

“Secara tidak langsung ianya boleh menjadi contoh kepada penjawat awam lain untuk meningkatkan mutu kerja masing-masing dan seterusnya dapat mencapai misi serta visi jabatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");