Berita Hari Ini
Like

Dr Mahathir Dukacita Politik Rasis DAP Menular Di Sarawak

April 19, 2011
142 Views
0 Comments
2 minutes read
Dr Mahathir Dukacita Politik Rasis DAP Menular Di Sarawak

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berasa dukacita kerana parti DAP berjaya membawa politik rasis ke Sarawak.

Katanya kemenangan 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu, telah memisahkan kaum Cina dengan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini, katanya, rakyat Sarawak tanpa mengira kaum bersama-sama membentuk kerajaan negeri tetapi kehadiran DAP yang mengamalkan politik perkauman menyebakan masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kapal pengerukan ‘Inai Letree’ milik Inai Kiara Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang menceburi bidang pengerukan dan penambakan di sini, hari Isnin.

Ditanya mengenai kesan perkembangan DAP di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Dr Mahathir berkata beliau berharap rakyat Malaysia di tidak terikut-ikut dengan perjuangan DAP menubuhkan satu kerajaan campuran berasaskan perkongsian kuasa di antara kaum di negara ini.

“Harap rakyat sedar pendekatan DAP yang meraih sokongan dengan memburukkan hubungan antara kaum,” katanya.

Mengenai kemungkinan faktor Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyebakan kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata: “Ada kemungkinan sebab Taib jadi calon tetapi hakikatnya parti beliau menang 100 peratus (kerusi yang dipertandingkan).”

Ini menunjukkan partinya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima kepimpinan Abdul Taib dan yang jelasnya orang Cina tidak dapat menerimanya kerana hasutan DAP, katanya.

Terdahulu itu, Dr Mahathir menyaksikan pelancaran kapal pengeruk kedua, ‘Inai Liatree’ yang dibina oleh anak syarikat milik penuh, Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, di limbungan di Pulau Indah, di sini.

Kapal Keruk bernilai RM250 juta, berkuasa 13,800 kuasa kuda dengan kemampuan menggali sedalam 22 meter itu, dirasmikan oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply