Kolumnis

GEDIK EKOR ANWAR, WAN AZIZAH JUGA YANG BASAH

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

Anwar Ibrahim dan China Doll berpisah tiada! Jam tangan Omega, pancut dua kali, tarik kondom atas katil, 20 minit… itu adalah ungkapan-ungkapan dan istilah-istilah yang sangat popular dalam tempoh lebih 10 hari kebelakangan ini….

Sememangnya perkembangan yang berlaku amat menarik membabitkan Anwar Ibrahim. Dan seperti biasa, Anwar Ibrahim akan memperlihatkan dia sangat sibuk dan perkara ini tidak akan sama sekali menjejaskan prestasinya selaku tukang hasut dan penimbul kacau bilau terulung di negara ini. Buktinya, Anwar Ibrahim sangat sibuk di Sarawak dalam usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa video berkenaan adalah tulen, juga nampaknya tidak menggusarkan Anwar Ibrahim. Sebabnya sangat mudah, Anwar Ibrahim – kalaupun dia – di dalam video tersebut tidak melakukan sebarang ‘kesalahan’. ‘Kesalahan’ tertanggung sepenuhnya di bahu trio Datuk T kerana mereka yang membuat pendedahan dan memanggil editor serta wartawan-wartawan kanan media untuk menontonnya.

Kesalahan Anwar hanya dari segi moral. Namun dari segi moral pun, tiada apa-apa yang salah sebab ANWAR MEMANG SEMULAJADI TIDAK BERMORAL!

Anwar Ibrahim tidak akan menanggung malu di atas pendedahan ini biarpun penyiasatan polis akhirnya mendapati ‘pelakon’ di dalam video tersebut memang benar adalah Anwar Ibrahim sendiri setelah pemeriksaan terperinci termasuklah dengan memeriksa kemaluan dan perutnya.

Namun pihak yang paling teruk menanggung risiko sudah tentulah Wan Azizah Wan Ismail, isterinya dan Nurul Izzah, anak perempuannya yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Jam tangan Omega, salah satu bahan bukti yang penting, dikatakan oleh Anwar Ibrahim berada dalam simpanan Wan Azizah. Bagaimanapun, tidak sampai 48 jam kemudian, Anwar Ibrahim membuat laporan polis kononnya jam yang berada dalam simpanan isterinya, telah hilang.

Nurul Izzah pula dalam usaha menyelamatkan air muka keluarganya, tampil dengan komik lucah yang kemudian membuat laporan polis tentang kewujudan komik berkenaan. Sokongan daripada Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Gereja dengan menuduh Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran serta penyebaran komik tersebut, tidak ubah seperti menambahkan garam pada luka.

Kalau ada pihak yang mengharapkan Wan Azizah dan Nurul Izzah menarik kembali sokongan ke atas Anwar Ibrahim, harapan tersebut eloklah dikuburkan. Dalam keadaan ini, Wan Azizah dan Nurul Izzah adalah sama seperti ahli-ahli keluarga ahli politik lain yang didapati berskandal dan melakukan penyelewengan. Mereka tidak akan sesekali menentang ketua keluarga atau dalam bahasa mudahnya, menegakkan kebenaran. Kebenaran bagi mereka tidak wujud kerana yang wujud hanyalah, ketua keluarga mereka sahaja yang benar dan orang lain, semuanya sakit hati serta berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Itulah yang berlaku apabila ketiga-tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan akhir membabitkan pembebasan Anwar Ibrahim kerana kesilapan teknikal, sebulat dan sependapat bahawa kegiatan homoseksual membabitkan Anwar Ibrahim, Sukma adik angkatnya serta Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah, Wan Azizah dan Nurul Izzah tetap menyokong Anwar Ibrahim sekalipun pada masa yang sama, mereka menerima hakikat, Anwar Ibrahim memang seorang peliwat.

Senjata moral yang digunakan untuk ‘memerangkap’ Anwar Ibrahim sebenarnya tidaklah begitu berkesan. Contoh terbaik adalah dalam kes liwat pertamanya. Kebanyakan penyokong Anwar yang meninggalkan si penipu tersebut, bukan kerana Anwar meliwat jantan, tetapi kerana penipuan dan tipu perdaya Anwar Ibrahim yang merugikan mereka.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim telah dapat diterima secara meluas. Liwat bukan lagi perkara taboo. Zina dengan pelacur juga bukanlah perkara jijik. Curang dalam rumahtangga bukanlah perkara besar kerana sebagai ahli politik, segala-galanya akan dibersihkan oleh para penyokong dan pemimpin sekutu.

Rakyat Malaysia serta kepimpinan UMNO sudah seharusnya ‘belajar’ untuk menerima sesuatu yang baru seperti yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim itu, terutama yang melibatkan MORAL!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");