Perak Hari Ini

Guru SJK Tamil jadi ejen dan sumber paling rapat kepada YBU

Lebih 1,800 golongan pendidik termasuk guru besar yang berkhidmat di SJK Tamil di kawasan luar bandar dan estet akan menjadi ejen dan sumber paling rapat kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) untuk menyampaikan maklumat berkaitan usaha kerajaan mengupayakan kaum itu dari segi ekonomi dan sosial.

Ketua Unit Hubungan 1Malaysia YBUDR, V Elango, berkata dengan bantuan golongan pendidik ini, maklumat atau program pembangunan yang dirancang dapat disampaikan dengan mudah kepada golongan keterbawahan.

“Justeru, yayasan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar 1Malaysia kepada guru besar SKJ Tamil di seluruh Perak yang dihadiri lebih 130 peserta hari ini.

“Matlamat seminar ini antara lain bertujuan memberi maklumat kepada peserta bagaimana mereka boleh membantu golongan keterbawahan ini dan mengupayakan keluarga mereka dari segi sosial dan ekonomi.

“Selain itu, ia juga mendedahkan para peserta dengan peranan dan fungsi yayasan ini dalam menangani masalah golongan sasaran keterbawahan,” katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Elango berkata, program itu juga diselitkan ceramah konsep 1Malaysia serta Perak Amanjaya yang disampaikan oleh penceramah dari Institut Darul Ridzuan (IDR).

Beliau berkata, selain guru besar, pengusaha tadika swasta turut menghantar wakil dalam seminar sehari itu yang mendapat kerjasama jitu daripada Jabatan Pelajaran negeri Perak.

Jelasnya, program sama akan diadakan hujung Mac ini bersama dengan badan bukan kerajaan (NGOS) Tamil dari seluruh Perak.

“Setakat ini, maklumbalas yang kita terima daripada rakyat begitu baik tetapi YBUDR mahu mesej ini sampai ke semua peringkat termasuklah di kawasan luar bandar,” katanya lagi

Dalam perkembangan berkaitan, yayasan itu kata Elango akan menaja buku lagu dalam Bahasa Inggeris dan Tamil yang turut disertakan dengan video cakerap padat (CD) untuk kegunaan murid pra-sekolah di seluruh Perak.

Melalui tajaan itu, pra-sekolah Tamil berpeluang memiliki buku yang berkualiti sekaligus diharap dapat meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");