Berita Hari Ini

Hanya penipu boleh berubah dalam sekelip mata: Taib

Hanya penipu yang boleh melaksanakan perubahan dalam masa yang singkat. Demikianlah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan manifesto Pakatan Rakyat yang kononnya mampu membawa perubahan kepada rakyat Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, setiap perubahan yang direncanakan kerajaan sama ada negeri atau pusat sudah tentu memerlukan penelitian dan proses susun semula penstrukturan bagi menjayakan perancangan tersebut.

Jelas beliau, soal untuk berubah dan menyusun semula strategi pembangunan di dalam sesebuah negeri bukanlah sesuatu yang mudah dimana ia perlu dikaji dalam semua aspek.

Katanya lagi, pembangkang sering membuat spekulasi yang menyatakan kerajaan Sarawak tidak membuat perubahan kepada negeri itu sedangkan proses pembangunan sudah pun dilaksanakan sejak dahulu lagi cuma ia dijalankan secara berperingkat.

“Pihak pembangkang seolah-olah sengaja menggunakan isu tanah untuk sebagai agenda politik sedangkan kerajaan Sarawak berhempas-pulas untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kita memang melakukan perubahan sejak dahulu lagi, tetapi ada pihak-pihak yang cuba meracuni fikiran sehingga memberi tanggapan yang buruk dikalangan rakyat seolah-olah kerajaan Sarawak tidak membuat apa-apa,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Projek Pembangunan Semula Kampung Seberang Hilir, Kuching.

Menurut Taib, setakat ini Pelan Induk Pembangunan projek berkenaan telah pun disiapkan dimana ia akan melibatkan 10 fasa dan mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan.

Tambah beliau lagi, dengan peruntukan RM50 juta dari kerajaan negeri dan pusat, projek berkenaan menuntut tanah milik masyarakat di 13 kampung bagi tujuan pelebaran jalan raya di kawasan itu.

“Kita akan lakukan pembangunan di kawasan kampung berkenaan dengan keluasan 707 ekar dimana melibatkan penyusunan semula kampung yang lengkap dengan kemudahan perbandaran termasuk jalan, lampu jalan, seni taman, perparitan, pembetungan, pengurusan sampah sarap, kawasan perniagaan dan sebagainya yang akan disediakan kelak.

“Kita telah membeli tanah di kawasan berdekatan kampung-kampung ini untuk menggantikan semula tanah-tanah rakyat yang kerajaan gunakan untuk melebarkan jalan dan kerja-kerja pembangunan lain.

“Selain itu, sistem perkampungan yang lebih tersusun akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah sistem pembinaan rumah berlapis yang wujud di kampung-kampung ini.

“Jika usaha begini yang pembangkang definisikan sebagai merampas tanah rakyat… maka ternyata mereka hanya membohongi rakyat dengan mengeluarkan tuduhan-tuduhan palsu dengan matlamat rakyat akan membenci Barisan Nasional.

Projek berkenaan yang melibatkan lebih 2460 buah rumah bermula dari Kampung Boyan sehingga ke Kampung Bintawa Batu dengan jumlah penduduk sebanyak 14,600 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");