Perak Hari Ini

Hubungan Perak – wilayah NingXia Hui, China bukti negeri semakin membangun

Kerajaan Perak sekali lagi mara ke hadapan dengan mewujudkan hubungan persefahaman antarabangsa bagi meningkatkan pelaburan dan sekaligus melonjakkan ekonomi negeri itu.

Perjanjian Persefahaman antara Perak dengan wilayah NingXia Hui, China diadakan di Pejabat Menteri Besar hari ini sudah jelas terbukti bahawa kerajaan terbabit mengambil serius dalam usaha meningkat hubungan antarabangsa.

Perak diwakili Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman dan  Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon manakala dari pihak wilayah NingXia Hui diwakili oleh Timbalan Pengerusi NPCCC, Cik Li Shufen dan Naib Setiausaha NPCCC, Encik Cai Ming.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menjadi saksi perjanjian persefahaman tersebut memberitahu kerajaan negeri berbesar hati dengan jalinan hubungan antarabangsa yang diwujudkan dengan wilayah NingXia Hui, China itu.

Jelas beliau, usaha itu antara lain membuka ruang perniagaan antara kedua-dua pihak dan ia sekaligus akan merancakkan lagi aktiviti pelaburan di Perak.

“Tujuan utama persefahaman ini dibuat adalah untuk mengenalpasti bidang-bidang pelaburan yang boleh dimanfaatkan kedua-dua belah pihak.

“Setakat ini pihak NingXia Hui berminat dengan sistem Pensijilan Halal yang ada di negara kita selain industri produk makanan halal dan pertanian.

“Dengan jumlah umat Islam yang ada di negara China, kita tahu pasaran untuk produk halal di sana sangat meluas,” katanya.

Sehubungan itu menurut Zambry, apa yang diharapkan kini adalah perjanjian persefahaman tersebut dapat diteruskan dalam jangka masa yang panjang.

Katanya, dari pihak NingXia Hui juga berminat untuk menerokai perniagaan dengan memfokuskan kepelbagaian penduduk di negara ini sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan kerjasama berkenaan.

Malah jelasnya, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah proaktif dengan meneroka pasaran di Asia Tenggara bagi melabur produk-produk keluaran negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");