Perak Hari Ini

Ibu Bapa Perlu Melabur Awal Demi Pendidikan Anak – Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menasihati ibu bapa membuat pelaburan awal demi pendidikan anak mereka.

Beliau berkata kegagalan ibu bapa merancang kewangan dengan baik sejak awal, bukan hanya akan menyusahkan diri mereka malah anak yang ingin melanjutkan pelajaran pada masa depan.

“Pelaburan seawal usia enam bulan ini cukup penting kerana kos pendidikan semakin meningkat serta memerlukan perbelanjaan yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menjayakan Program Ikon Inspirasi sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) di sini.

Kerjasama PNB dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor bermula tiga tahun lalu yang menyaksikan beliau menasihati pelajar, khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, selain memberi tips untuk cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Beliau berkata ibu bapa wajar menyimpan 10 peratus daripada lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan setiap bulan untuk disalurkan kepada pelaburan pendidikan anak.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");