Berita Hari Ini

Input dari ‘blogger’ jangan dipinggirkan: Tun M

Bekas Perdana Menter, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihati ‘blogger’ atau penulis blog supaya memberi layanan yang adil kepada kerajaan dan pembaca laman blog mereka.

Malah, katanya masyarakat serta pemimpin negara juga tidak seharusnya meminggirkan pendapat dan kritikan golongan ‘blogger’ ini kerana mereka merupakan antara medium alternatif dalam usaha memantapkan pentadbiran negara.

Tambah Tun Mahathir, sistem media arus perdana dalam negara sebelum seolah-olah tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.

Bagaimanapun, jelas beliau media arus perdana haruslah sesekali menjadi pengkritik kerajaan dan bukanlah menyokong membuta tuli apa jua agenda pentadbiran yang direncanakan.

Dr Mahathir berkata media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

“Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.

“Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka,”

Justeru katanya, rakyat dilihat menjadikan blog sebagai saluran alternatif untuk mendapat maklumat selain menjadikan medium itu untuk berkongsi pendapat serta kritikan mengenai sesuatu isu yang dibawa oleh penulis.

Katanya, fenomena masyarakat sekarang yang lebih cenderung menggunakan saluran siber seperti facebook dan tweeter selain blog untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat adalah kerana ia merupakan cara terpantas untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara.

Terdahulu Tun Mahathir ditemui pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Beliau yang juga penaung kepada Blog House Malaysia, penganjur persidangan itu berkata kritikan membina harus diberi demi kebaikan negara.

Seramai 35 penulis blog dari negara Asean menghadiri persidangan itu yang bertema ‘Blogging Mindfully and Responsibly’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");