Perak Hari Ini

Jangan pertikai peranan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam

Raja-Raja Melayu yang diberi pengiktirafan sebagai Ketua Agama Islam di negara ini wajib dihormati dan jangan sesekali diperlekeh atau disanggah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau berikrar untuk menentang habis-habisan sebarang anasir yang mencemarkan martabat serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Sejajar dengan seruan dalam titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah ketika merasmikan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 pada 12 April lalu, setiap warga dan semua pihak di negeri ini akan sentiasa disuntik dengan semangat serta amalan yang memahami dan menghormati Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kejayaan demi kejayaan yang membawa manfaat rakyat berjaya dicapai sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya mengambil alih pentadbiran negeri pada 6 Februari 2009.

“Sepanjang menerajui semula negeri dua tahun lalu penyelesaian fail bersabit hal ehwal tanah berjaya ditingkatkan hampir dua kali ganda dengan 6,715 kes berjaya diselesaikan berbanding 3,547 pada 2009.

“Manakala, terdapat hanya 1,092 kes yang selesai ketika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah,” katanya.

Selain itu katanya, jumlah hasil negeri pada tahun ini juga dijangka melebihi sasaran RM784 juta yang dianggarkan dalam Bajet 2011 berdasarkan kutipan hasil setakat Mac ini yang melebihi sasaran semasa dengan kadar 26 peratus.

Beliau berkata, bidang pendidikan juga akan diperkasakan dengan kewujudan sebanyak empat buah institusi pengajian tinggi yang baru iaitu Premier International University of Perak (PIUP) dan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) yang akan dinaik taraf kepada kolej universiti dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");