Berita Hari Ini

Kaji semula pengundi Cina

Sokongan pengundi Cina yang semakin meningkat terhadap parti pembangkang terutama DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 perlu dikaji bagi mengelak mereka terlepas dalam arus pembangunan pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, walaupun hakikatnya sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di kalangan pengundi Cina yang tinggal di bandar meningkat, namun pada masa sama suara mereka (masyarakat Cina) di Dewan Undangan Negeri Sarawak semakin mengecil.

“Pembangunan masyarakat terutama yang tinggal di bandar-bandar terus diberi perhatian oleh kerajaan secara berperingkat tetapi kita bimbang dengan apa yang berlaku kini, kerajaan mungkin terlepas pandang.

“Sokongan yang semakin mengecil itu juga mungkin mereka termakan tohmahan dan dakyah pembangkang yang kita tahu mereka berpolitik sehingga memecah-belahkan perpaduan,” katanya.

Mukhriz berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 1 di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");