Berita Hari Ini
Like

Kakitangan awam perlu terap elemen ‘Strategi Laut Biru’: Najib

April 4, 2011
45 Views
0 Comments
1 minute read
Kakitangan awam perlu terap elemen ‘Strategi Laut Biru’: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahukan setiap anggota pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata, empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.

Beliau berkata, dengan menerapkan elemen tersebut, pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.
“Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.

“Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan…pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata, pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu membabitkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.
Selain itu, beliau berkata setiap penjawat awam juga tidak boleh berfikir secara konvensional iaitu menuntut peruntukan dan kakitangan lebih, sekiranya melakukan sesuatu tugas tambahan.

“Kita telah kenal pasti apakah kekangan struktur pelaksanaan kerajaan yang boleh menjadi hambatan untuk kita memacu maju ke hadapan dengan lebih pantas.

“Justeru itu, kita telah membuat kesimpulan bahawa lapan laporan strategi inisiatif perlu dilaksanakan. Semuanya ini kita telah laksanakan di pelbagai peringkat dan berbeza dengan pendekatan dulu,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply