Berita Hari Ini

Keputusan rasmi: BN 36 kekal kuasa, Pakatan Rakyat 8

TERKINI @ 09:30:13 PM, 16-04-2011

Secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat pula lapan.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006.

Lapan kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP lima. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

Kerusi-kerusi dimenangi BN ialah Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Belaga, Batu Danau, Beting Maro, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Nangka, Muara Tuang, Semop, Tebedu, Tarat, Batang Air, Balingian, Engkilili, Demak Laut, Dalat, Tanjung Datu, Tupong, Kalaka dan Ngemah.

Krian, Ba’kelalan dan Batu Lintang dimenangi PKR manakala Bukit Assek, Piasan, Kota Sentosa, Pujut dan Padungan dimenangi DAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");