Perak Hari Ini

Kwifi:300 lokasi wifi tanpa had di Perak

Dalam usaha membangunkan industri ICT di Perak, KPerak Inc (KPerak) telah mencetuskan Projek K-Wifi atau Perak Komuniti Wifi dimana ia membolehkan rakyat negeri itu menggunakan capaian jalur lebar tanpa had.

Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Dr. Ahmad Kamil Mahmood berkata projek berkenaan merupakan antara initiatif kerajaan negeri dengan mensasarkan pemasangan access point (AP) di 300 lokasi khusunya di kawasan yang tidak mendapat liputan telekomunikasi dan internet komersial.

Tambahnya, bagi merealisasikan cetusan berkenaan, kerajaan negeri telah mempertanggungjawabkan KPerak dengan kerjasama Innergia Group International (IGI) dan Telekom Malaysia untuk memajukan segala aktiviti berkaitan ICT di Perak.

“Kwifi adalah pelengkap kepada usaha kerajaan pusat dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) melalui Kampung Wifi untuk memastikan satu kitaran lengkap hubungan digital yang merangkumi penduduk luar bandar.

“Apa yang kita lihat sekarang, perkembangan pesat ICT telah mendorong kepada meningkatnya penggunaan internet samada kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa… jadi adalah penting untuk kita menyalurkan kemudahan ini kepada mereka.

Menurut Kamil, apa yang dibimbangkan kini adalah cara penggunaan internet dimana terdapat fenomena sekarang yang lebih cenderung untuk menyalahgunakan teknologi ICT untuk tujuan-tujuan tertentu.

Dalam pada itu, Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Jeneral Datuk Seri Panglima Bersara Mohd Azumi Mohamed menegaskan adalah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan hal ehwal keselamatan siber negara terjamin.

“Initiatif awal kerajaan dalam menubuhkan CyberSecurity merupakan satu langkah positif dalam mewujudkan prasarana keselamatan siber yang kondusif.

“Jadi kita akan memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran dalah hal-hal melibatkan keselamatan siber dengan mendedahkan kepentingannya terutama kepada pelajar sekolah.” katanya kepada pemberita pagi tadi.

Terdahulu Dr. Mohd Kamil dan Panglima Bersara Ahmad Azumi ditemui di Majlis Perlancaran Kwifi dan pertukaran MoA antara KPerak dan Innergia Group di Lumut, Perak.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berbesar hati merasmikan Projek Kwifi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");