Perak Hari Ini

Tarik balik lesen jika sandar atau jual kepada bangsa asing

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perak hari ini mencadangkan supaya kerajaan menarik balik lesen kontraktor yang didapati menjual lesen mereka kepada bangsa asing kerana ia memberi impak negatif  serta menjejaskan kredibiliti kontraktor lain.

Yang Di Pertuanya, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim, berkata agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor yang didapati berbuat demikian tanpa sebarang kompromi.

“Kita mahu PKMM Perak mempunyai kekuatan sendiri di mana kontraktor mestilah menjalankan projek yang diperoleh daripada kerajan tanpa memberi sandaran atau menjual lesen mereka kepada orang lain.

“Sekiranya berlaku di Perak, kita akan laporkan perkara itu kepada CIDB dan PKK kerana kontraktor yang seperti ini perlu ditolak bulat-bulat daripada menjalankan kerja kontrak,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat agung PKMM Perak ke-34 yang dirasmikan oleh Pegawai Kewangan negeri, Datuk Jamaluddin Al Amini Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamaluddin menambah, tinjauan di kalangan ahli persatuan itu mendapati ketika ini hanya 20-30 peratus bukan Bumiputera mendapat kontrak projek di negeri itu berbanding 70 peratus beberapa tahun lalu.

Jelasnya, persatuan itu mahu kerajaan memberi kouta 30 peratus kepada kontraktor Melayu untuk menjalankan projek mega.

“Selain itu, kerajaan juga perlu menilai semula harga tender kontraktor kelas F daripada RM200,000 kepada RM300,000 berdasarkan kepada situasi ekonomi hari ini yang semakin baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");