Perak Hari Ini

Mahasiswa adalah aset Negeri: DS Zambry

Kerajaan Perak menghargai generasi muda dalam usaha melahirkan pemimpin masa akan datang yang lebih berkualiti.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada cara politik lama sebaliknya perlu mengambilkira pandangan golongan muda yang dilihat lebih sesuai untuk diaplikasikan zaman sekarang.

Jelas beliau, sudah tiba masa untuk mengubah cara politik yang diamalkan sejak dahulu kepada yang baru dimana ia seiring dengan peredaran masa dan corak pemikiran pemimpin muda.

Tambah Zambry, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras untuk membangunkan generasi muda bagi melahirkan pemimpin masa depan yang terbaik kepada Perak.

“ Mahasiswa anak Perak antara golongan yang kita beri keutamaan kerana golongan-golongan ini merupakan generasi yang akan mentadbir negeri Perak suatu hari nanti.

“Selain itu, kerajaan negeri merasakan mahasiswa anak Perak adalah aset negeri yang bukan sahaja akan membawa perubahan malah sekaligus membangunkan negeri itu ke pringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan itu jelas Zambry, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi harus sedar akan peranan mereka terhadap negeri dalam memastikan kemajuan Perak terus cemerlang.

Katanya, apa yang diharapkan kini adalah mahasiswa terbabit dapat memberi perkhidmatan dengan kepakaran dan kepimpinan mereka di negeri Perak selepas kesemua tamat belajar nanti.

Zambry ditemui selepas Program Ramah Mesra Mahasiswa Anak Perak Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Teknologi Mara caw Kota Samarahan di Dewan Banquet, Kuching pagi semalam.

Lebih 200 mahasiswa anak negeri Perak yang tidak melepaskan peluang berkongsi idea dan pandangan masing-masing bersama Menteri Besar itu.

Dalam pada itu, Zambry turut sempat menghadiri satu lagi program ramah mesra bersama anak Perak di Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan.

Turut hadir di kedua-dua program berkenaan adalah exco kerajaan negeri termasuk Datuk Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahri, Datuk Shaarani Mohamad dan Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");