Perak Hari Ini

MBI selesai masalah awam

Program turun padang yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di seluruh kawasan tadbirannya berupaya merapatkan hubungan agensi kerajaan itu dengan rakyat akar umbi.

Apabila aktiviti seumpama ini diteruskan ia dapat mengurangkan jurang yang wujud antara kedua-dua pihak selain mampu menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan lebih cepat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pada masa yang sama juga diharap masyarakat setempat dapat memahami setiap kekangan yang dihadapi MBI, bagaimanapun, tindakan segera akan diambil jika berlaku sebarang masalah.

Menurutnya, MBI juga sebenarnya menyahut pesanan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sentiasa menyarankan agar setiap pegawai kerajaan termasuk wakil rakyat dapat turun padang melihat permasalahan rakyat.

“Sudah tentu rakyat yang datang di sini, selain mereka dapat mengenali agensi kerajaan ini, mereka juga dapat bertanya, meminta pandangan dan mendapat nasihat daripada agensi kerajaan ini dan ia terbukti apabila kita berjaya melaksanakannya sebelum ini.

“Bukan itu sahaja, program itu memberi ruang keemasan kepada rakyat untuk menyalurkan masalah kepada kita dan pihak kami mendapat maklum balas yang begitu baik dan cukup positif daripada masyarakat setempat ketika saya sendiri turun padang meninjau permasalahan yang dihadapi penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, apabila semua kakitangan dapat turun padang, pelbagai aspek akan dapat dilihat dan setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan hingga ke akar umbi.

“Ini adalah trend baru yang dilihat mula mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat dan kita akan terus kekalkannya dari semasa ke semasa jika melihatkan kepada perkembangan sekarang.

“Apa yang lebih penting hubungan MBI dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan tidak ada jurang antara kedua-dua pihak dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit selain mempermudah urusan,” katanya.

Mengulas lanjut, Roshidi turut mengulas berkaitan 87 kompaun yang telah dikeluarkan pihak MBI sepanjang Mac lalu bagi masalah pembuangan sampah haram di merata tempat dan tempat-tempat tidak sepatutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");