Perak Hari Ini

Najib rasmi MSAM 2011 di Stadium Indera Mulia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Stadium Indera Mulia, jam 3.50 petang ini.

MSAM yang bermula hari ini akan berakhir pada 26 April dan bertemakan Pelaburan Untuk 1Malaysia.

Antara objektif penganjuran MASM ialah mendidik masyarakat antara risiko dan pulangan daripada pelaburan, selain menggalakkan orang ramai terlibat sama dalam industri unit amanah di negara ini.

Syarikat ternama seperti Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Pernec Corporation Berhad dan Takaful IKHLAS Sdn Bhd akan membuka kaunter bagi memudahkan orang ramai mengenali perkhidmatan yang ditawarkan selain menganjurkan aktiviti lain kepada para pengunjung.

Selain syarikat terbabit, MSAM turut menganjurkan aktiviti dengan syarikat pelaburan dari PBN, badan dari kerajaan seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan ejen unit amanah PNB melalui 182 ruang pameran disediakan penganjur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");