Isu Panas

Patutlah ramai pergi dengar dan tengok ceramah Anwar…

Seronok sakan pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang bertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak bila tengok beribu-ribu orang hadir dengar ceramah kempen terutama babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, media yang pro pembangkang melaporkan jumlah kehadiran lebih 8,000 orang ketika Anwar, Lim Guan Eng dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadiri perhimpunan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, tidak jauh dari bandar Kuching, malam tadi.

Sebagai perbandingan, dilaporkan juga program dihadiri Perdana Menteri di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan hanya disertai 1,000 orang walaupun penganjur sediakan bas mengangkut orang ramai.

Nampaknya, Anwar semakin hebat dan semakin diminati ramai.

Jik dulu hanya ceramah anjuran PAS saja boleh tarik ribuan orang hingga jalan sesak, kini PKR dan DAP juga boleh bangga kerana jumlah yang dengar ceramah dan kempen mereka terus meningkat.

Situasi sama juga berlaku ketika pilihanraya kecil Parlimen Sibu tahun lalu.

Bagaimanapun, ada cerita lain disebalik orang ramai berduyun-duyun hadir ceramah babitkan Ketua Pembangkang itu.

Antara ceritanya mereka hendak tengok sendiri dari dekat wajah Anwar sama ada serupa atau tidak dengan lelaki dalam video seks yang dikatakan menyerupai Ketua Umum PKR itu.

Mungkin juga mereka hendak tengok betul atau tidak perut Anwar tidak boroi apabila Ketua Pembangkang tersebut memberi alasan itu ketika menafikan lelaki yang melanggan pelacur Cina itu dirinya.

Boleh kata sambil hendak dengar apa dibebelkan Anwar, orang ramai yang berpUsu-pusu itu mahu mengetahui apakah Anwar adalah lelaki Y yang disebut dalam perbicaraan kes meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak menolak kemungkinan ini.

Bagi beliau, orang ramai suka dengar cerita-cerita penglipur lara terutama babitkan Anwar.

Katanya, mereka hendak tengok sendiri dan mahu kepastian sebab mereka mungkin sudah tengok video seks hampir dua minit dalam internet dan YouTube.

“Jadi mereka selain nak dengar cerita Anwar, mereka nak tengok sendiri batang tubuh beliau. Agaknya begitulah, saya sendiri pun tak tahu,” katanya menjawab soalan Agendadaily ketika sidang media selepas pelancaraan Kedai Shoppe Koperkasa, di Kuching, petang Isnin.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu percaya, berdasarkan situasi serupa ketika kempen PRK Tenang, Merlimau dan Kerdau, walaupun ramai mendengar ceramah pembangkang, pengundi akhirnya memilih Barisan Nasional.

“Mana-mana ceramah pembangkang masa pilihan raya kecil tersebut memang ramai. Ini naluri manusia nak dengar cerita keburukkan orang, fitnah memfitnah…ini orang suka dengar di ceramah pembangkang,”.

“Walaupun orang ramai datang, ini tak beri kesan. Saya percaya rakyat Sarawak tahu bezakan kebenaran dan kebatilan. Bagi saya, mereka ramai-ramai ni nak dengar dan tengok Anwar saja,” katanya.

Barangkali betul juga tanggapan Ismail kerana masa inilah mereka dapat lihat batang hidung Anwar secara dekat tambahan pula Ketua Pembangkang itu ‘sedang meletup’ gara-gara isu video seks dan gagal menunjukkan jam Omega yang ada kaitan dalam video itu.

Justru itu, walaupun pembangkang mendakwa pengundi Sarawak kini dalam mood yang berbeza, lebih 900,000 pengundi yang akan menentukan masa depan mereka pada 16 April ini. -11/4/2011

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");