Berita Hari Ini

Pembangkang mahu saya undur supaya mudah tumbangkan BN: Taib

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini berkata pembangkang mahu beliau melepaskan jawatannya lebih awal supaya mudah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, walaupun beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, BN Sarawak tetap tidak mudah untuk ditumbangkan.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, walaupun beliau bakal melepaskan jawatan itu dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, BN Sarawak tetap tidak mudah untuk ditumbangkan.

Sekalipun saya turun dari jawatan (Ketua Menteri), pembangkang tetap tidak dapat menumbangkan BN Sarawak,” katanya ketika menghadiri Majlis Berambeh Jegem di Kampung Tellian Tengah di Mukah, hari ini.

Beliau berkata, peralihan kuasa negeri Sarawak akan berjalan secara tersusun dan tidak akan menunggu sehingga beliau sakit kerana ini akan menyukarkan pemimpin baru yang bakal mengambil alih.

Taib berkata, langkah itu juga akan mengelakkan kemungkinan berlakunya pergaduhan antara bakal penggantinya.

Ketua Menteri berkata, sekalipun beliau berundur, segala janji yang dibuat oleh beliau akan ditunaikan oleh pemimpin yang akan mengambil alih.

“Ini kerana kerajaan BN mengamalkan politik kesinambungan dan tempo pembangunan akan terus berjalan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Taib juga meminta rakyat agar bersedia untuk menerima pembangunan yang lebih banyak akan dilaksanakan di seluruh negeri dan tidak tinggal di takuk lama dengan pemikiran yang sempit.

“Apa yang boleh dilakukan terutama ibu bapa harus memastikan generasi masa depan menerima pendidikan tinggi agar taraf hidup mereka dapat ditingkatkan sesuai dengan perkembangan yang berlaku 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya.

Sebelum itu, Taib yang ditemani isteri, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib menghadiri majlis yang sama di Pekan Baru Balingian, kira-kira 50 kilometer dari sini, telah meluluskan peruntukan lebih RM2.5 juta bagi pelbagai projek pembangunan di Balingian dan Mukah.

Ketua Menteri kemudian menghadiri majlis yang sama di Kampung Penakub Permai, di sini sebelum pulang ke Kuching.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");