Perak Hari Ini

Pemilik tanah terbiar di Perak disaran tanam pokok gaharu

Kerajaan Perak menggalakkan pemilik tanah terbiar di negeri ini mengusahakan tanaman pokok gaharu untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Industri negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, projek tanaman itu mampu mengeluarkan hasil lumayan kerana mampu dipasar dan diekspot dalam tempoh lima tahun.

Katanya, ia boleh ditanam dalam skala kecil dan mudah dijaga memandangkan ia kurang mendapat ancaman musuh tanaman terutama binatang.

“Kerajaan negeri menggalakkan pemilik tanah memajukan tanaman ini kerana permintaan terhadap minyak wangi di luar negara amat menggalakkan.

“Arab Saudi memerlukan RM5 juta setahun bagi pengeluaran pada skala industri sebanyak tiga juta liter minyak wangi” katanya.

Katanya, dianggarkan sebanyak 500,000 juta liter minyak atar daripada pokok gaharu diperlukan untuk pasaran Asia Barat setiap tahun dan buat permulaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah melaksanakan projek perintis tanaman itu di Kledang Sayong, Kuala Kangsar sejak tahun lalu.

SUMBER: PERAK BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");