Perak Hari Ini

800 peserta dari Perak hadir seminar Kenali Anak Kita anjuran PENGASIH

Persatuan PENGASIH Malaysia bersedia memperkasa ibu bapa dengan memberi ilmu berkaitan isu penagihan dadah dan kemahiran supaya golongan itu mampu melakukan pencegahan dalam keluarga mereka sendiri.

Bagi mencapai tujuan itu, seramai 800 peserta yang terdiri ibu bapa, pemimpin dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari Daerah Manjung menyertai seminar Kenali Anak Kita peringkat negeri Perak di SK Seri Pangkor, semalam.

Seminar anjuran Persatuan Pengasih dengan kerjasama PETRONAS itu memberi tumpuan kepada tiga isu penting iaitu mengenali dan memahami remaja masakini, isu keibubapaan dan pencegahan penyalahgunaan.

Majlis penutup seminar dirasmikan oleh Menteri Besar yang juga merangkap Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kempen Kenali Anak Kita dilancarkan pada November 2009 oleh Tun Dr Siti Hasmah Ali yang bertindak selaku penaung bagi kempen ini.

Setakat ini, lebih 7,000 ibu bapa telah mengikuti program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta tidak ketinggalan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Kajian pasukan penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama LPPKN yang membabitkan 2,500 ibu bapa dan diketuai Prof Siti Eshah Mokhein mendapati, ibu bapa kurang pengetahuan tentang isu berkaitan tingkahlaku menyeleweng dan penagihan dadah.

Selain itu, sikap ibu bapa terhadap peranan pencegahan masih terlalu rendah serta program kekeluargaan dan pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah kepada ibu bapa perlu dipergiat dan diperbanyakkan lagi.

Ibu bapa juga disaran menyediakan diri dengan cabaran serta tren penagihan dadah masa kini terutama dadah sintetik atau designers drug seperti Methaphetamine (Meth/syabu), Amphetemine (ectasy, pil kuda) dan ketamin (special K) yang sering disalahguna.

Dadah dari jenis berkenaan amat merbahaya kerana ia mengakibatkan pergantungan dengan cepat dan kesan penagihan kronik selain menyebabkan kerosakan fizikal serta mental yang kekal dan tidak dapat dibaiki lagi.

Antara kesan sampingan pengambilan dadah jenis ini ialah keganasan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");