Perak Hari Ini

Pengundi dinasihatkan agar tidak memperjudikan masa depan mereka-Tajuddin

Pengundi dinasihatkan agar tidak memperjudikan masa depan mereka dengan memilih pembangkang yang menjanjikan pelbagai bentuk pembangunan bagi memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April ini.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu telah merancang pelbagai pembangunan yang akan dinikmati rakyat negara ini.

”Cuma ianya akan mengambil masa…tidak ada kerajaan di dalam dunia ini yang boleh membuat perubahan sekelip mata sebaliknya memerlukan perancangan yang teliti sebelum ianya dilaksanakan.

”Limpahan pembangunan akan dinikmati penduduk hasil dari pembangunan seperti apa yang berlaku Kuching, Miri, Sibu dan Seri Aman..dari situ ianya akan menular sehingga ke kampung-kampung,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Taj International College 2011 hari ini.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai masa depan yang cerah sekiranya terus diperintah kerajaan BN.

Jelasnya, pembangunan agak perlahan di negeri ini disebabkan jarak di antara kampung-kampung agak jauh dan setiap kampung tersebut tidak mempunyai penduduk yang ramai.

Jadi, katanya, pembangunan akan sampai secara berperingkat-peringkat bermula dari bandar dan akhirnya akan sampai ke kawasan pendalaman walaupun mengambil masa yang agak lama.

”Adakah penduduk di Sarawak sanggup memperjudikan masa depan mereka dengan memilih pembangkang yang mana untuk membuat pembangunan memerlukan masa berpuluh tahun untuk dirancang?,”katanya.

Tambahnya lagi, penduduk harus sedang dimana di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 kerajaan pusat telah memperuntukan berbilion-bilion wang untuk dibelanjakan bagi pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Tajuddin berkata, peruntukan tersebut adalah untuk perbelanjaan pembangunan infrastruktur termasuk penyediaan bekalan air dan elektrik kepada penduduk di negeri itu.

”Kerajaan yang sedia ada juga telah berjaya mengurangkan jumlah penduduk miskin tegar sehingga dibawah tiga peratus berbanding sebelum merdeka dimana ianya adalah diantara 50 hingga 60 peratus.

”Kerana itulah saya mahu penduduk Sarawak berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat bukan dari BN,”jelasnya.

Tambahnya lagi, Felcra sendiri mempunyai lebih dari 100,000 hektar ladang kelapa sawit di Sarawak yang memberi limpahan ekonomi kepada penduduk yang bertindak sebagai rakan kongsi, kontraktor dan peserta.

Ini adalah satu bentuk pembangunan dan tambahan ekonomi kepada penduduk kerana tanah-tanah ini sebelum ini terbiar tidak diusahakan, katanya.

Sumber : TAS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");