Perak Hari Ini

Perak Bayar Insentif Kakitangan PBT Cemerlang

Semua petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak yang mempamerkan pencapaian terbaik sepanjang tahun lepas bakal menerima bayaran insentif mulai bulan depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan kakitangan di semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri sememangnya prihatin dengan jasa serta mutu perkhidmatan pekerja di semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di negeri ini. Justeru, insentif berkenaan antara bonus yang wajar diberikan sekiranya petugas terbabit benar-benar merupakan seorang pekerja yang komited dan bertanggungjawab,” katanya.

Pemberian insentif dan kadarnya akan diberi berdasarkan penilaian menyeluruh prestasi semua PBT terbabit, katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan Antara Kakitangan Kerajaan Tempatan Negeri Perak 2011 di sini Isnin.

Dr Zambry berkata sebelum ini, langkah yang sama telah dilaksanakan di Majlis Bandaraya Ipoh di mana pekerja yang berkhidmat cemerlang diberi insentif pencapaian sebanyak RM500.

Dr Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor sebelum itu melawat Pulau Pangkor untuk meninjau permasalahan penduduk termasuk berdailog dengan wakil penduduk.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");