Perak Hari Ini

Perak perkukuh lagi hubungan dengan wilayah Guangxi Zhung, China

Selepas Ningxia Hui, kerajaan Perak memperkukuhkan lagi hubungan dengan wilayah Guangxi Zhung, China yang terjalin sejak 10 tahun lalu apabila kedua-dua belah pihak menandatangani memoradum persefahaman (MoU) di Ipoh, Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hubungan antara Perak dan wilayah yang terletak di timur China itu sudah berlangsung begitu lama apabila kedua-dua ibu negeri iaitu Ipoh dan Nanning mempunyai jalinan kerjasama yang termeterai sejak sedekad lalu.

“Hari ini, kerajaan negeri menandatangani satu lagi perjanjian MoU dengan wilayah Guangxi Zhung yang terletak di kawasan sebelah timur China.

“Banyak perkara yang kerajaan Perak boleh pelajari dari wilayah ini termasuklah aspek pelancongan kerana ia mempunyai keindahan alam semulajadi yang memukau mata memandang.

“Dengan perjanjian ini juga, saya berharap hubungan antara kedua-dua belah pihak dapat diperluaskan lagi dan selain pelancongan, kita akan beri penekanan kepada hubungan ekonomi, pertanian, perubatan tradisional China, perikanan laut dalam dan tidak ketinggalan mempelajari seni landskap menarik yang menjadi tarikan pelancong di Guangxi Zhung.

“Selain itu, Perak khususnya bandar raya Ipoh boleh menjadi pilihan untuk rakyat China mengikuti kursus bahasa Inggeris manakala  wilayah itu pula menawarkan peluang kepada pelajar di sini untuk mendalami dan menguasai bahasa Mandarin,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Guangxi Zhung di Ipoh.

Katanya, hubungan Perak dengan wilayah yang mempunyai kepadatan 50 juta penduduk itu bakal memasuki fasa baru selepas ini dan mengharapkan kedua-dua belah pihak mendapat faedah dengan saling-membantu antara satu sama lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");