Perak Hari Ini

Perak tangga Ke-6 ranking pembelian Amanah Saham

Perak berada pada tangga keenam dalam pembelian amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dimana kira-kira 8.8 billion unit telah dilanggan oleh rakyat negeri itu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata lebih 889,000 daripadanya keseluruhan amanah saham terbabit telah dilanggan oleh rakyat negeri Perak.

Jelas beliau, apa yang diharapkan kini adalah melalui Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM) ranking Perak dalam pembelian Amanah Saham PNB dapat ditingkatkan di masa akan datang.

Katanya, bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap pembelian amanah saham pihak PNB telah menyenaraikan beberapa ketetapan yang dianggap mampu melonjakkan kesedaran masyarakat di negeri itu terhadap kebaikan pelaburan.

Tambah Ahmad Sarji, sebagai langkah pertama PNB telah mensasarkan sebahagian besar rakyat yang berkelayakan untuk melabur di dalam unit-unit saham amanah selain meningkatkan lagi purata pegangan pelaburan tiap-tiap pelabur.

“Sehingga kini, unit dalam edaran adalah 127 bilion dimana bilangan pemegang akaun meningkat kepada 10.4 juta yang mana 9.2 juta merupakan bumiputra dan 1.2 juta bukan bumiputra.

“Secara purata pegangan pelaburan bagi setiap pemegang akaun adalah 12,300 unit.

Selain itu katanya, PNB juga akan memegang ekuiti di dalam syarikat yang terlibat dengan sektor-sektor strategik ekonomi negara yang mampu menyalurkan dividen untuk diagihkan kepada pelabur-pelabur.

Ahmad Sarji menambah, setakat ini PNB memiliki ekuiti di dalam 225 buah syarikat dalam pelbagai ekonomi termasuk perbankan, takaful, kewangan Islam, perladangan, hartanah, pelaburan dan logistik, automotif dan farmaseutikal.

“Kita juga berharap untuk memiliki modal saham atas kadar yang besar… setakat ini iaitu sehingga 31 Mac tahun ini, dana dibawah pengurusan PNB berjumlah RM 189 billion atau kira-kira 15% daripada permodalan pasaran Bursa KL.

“Kita juga akan berjuang untuk memiliki hartanah di kawasan-kawasan pertumbuhan ekonomi di bandar-bandar utama dimana ia dapat mendatangkan keuntungan kepada PNB dan sekaligus kepada negara.

“Untuk merealisasikan perjuangan ini…  dari segi pemilikan hartanah, PNB melalui anak syarikatnya, PHNB menguruskan dua amanah pelaburan hartanah atau REIT dengan RM 1.24 billion manakala pemilikan hartanah secara terus oleh PNB pula bernilai RM 2.87 bilion.

Tambahnya lagi, PNB juga berhasrat untuk mengagihkan pendapatan-pendapatan kepada pelabur dalam bentuk dividen dan bonus di atas kadar yang kompetitif.

Setakat ini katanya, pihak PNB telah berjaya melaksanakan hasrat tersebut dengan jayanya dimana lebih RM 82 billion dividen telah diagihkan.

Sehubungan itu katanya, dengan ketetapan yang diperjuangkan PNB, keyakinan rakyat samada di Perak atau seluruh negara dalam aspek pelaburan dapat dipertingkatkan dimasa akan datang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Perasmian Minggu Amanah Malaysia 2011 di Stadium Indera Mulia Perak pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");