Perak Hari Ini

Perpaduan tidak haruslah membeza-bezakan antara kaum-DS Zambry

Kerajaan Perak harus bersatu seperti yang selalu diingatkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd  Kadir, ‘Unity very important’ yang jelas menggambarkan bahawa perpaduan kaum itu penting di dalam pembangunan sesebuah negara.

Katanya perpaduan tidak haruslah membeza-bezakan antara kaum sebaliknya sikap bantu-membantu harus diterap tidak kira bangsa dan selagi bernaung di bawah negara yang sama.

“ Perpaduan kaum penting di dalam menjana pembangunan negara, kalau tidak ada konsep perpaduan dalam masyarakat, hidup pun tidak aman, “ beliau berkata di dalam ucapannya merasmikan Majlis Mesra 1 Malaysia Sempena Pelancaran Rukun Tetangga Kampung Baru Bidor di Dewan Cina Thai Seong Leow Kuan, Bidor siang tadi.

Seramai kira-kira 2 ribu penduduk di sekitar Kampung Baru, Bidor berbilang kaun hadir mengalu-alukan kedatangan Menteri Besar Perak itu.

Dalam majlis yang sama, Datuk Zambry turut menyampaikan sumbangan Netbook kepada seramai lebih 300 orang pelajar golongan berpendapatan rendah dari tiga buah sekolah di sekitar Bidor.

Alex savary Seviyar, 17 dari SMK Bidor berkata beliau tidak pernah menyangka akan memiliki Netbook sendiri seawal ini memandangkan ibu bapanya hanya bekerja biasa.

Bagi Phan Shet Theng, 17 dari SMJK (C) Choong Hua berkata sumbangan Netbook yang diterimanya merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sepanjang bersekolah tambahan ianya disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Zambry.

“ Saya rasa amat seronok, terharu dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan SKMM serta KPerak yang sudi memberi sumbangan Netbook kepada kami, selepas ini amat mudah bagi saya untuk mencari maklumat mengenai pelajaran, “ kata Mohd Syazmeel Mohd Sofian dari SMK Sheikh Abdul Ghani.

Datuk Zambry turut menyokong dan memuji langkah yang diambil oleh KPerak dan SKMM dalam melaksanakan hasrat Kerajaan Negeri bagi melihat anak-anak yang menjadi aset negara berjaya di dalam pelajaran dan penembusan jalur lebar seiring negara maju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");