Perak Hari Ini

Pesta Laut Lumut akan dihidupkan

Kerajaan Negeri Perak merancang untuk menghidupkan kembali Pesta Laut Lumut yang pernah menjadi salah satu acara tahunan yang popular di Perak.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia akan dijadikan sebagai salah satu program tahunan sempena Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut.

Menurutnya pesta itu akan diubahsuai dengan program yang akan cenderung kepada aktiviti berteraskan maritim termasuk pameran, sukan air dan pertunjukan kapal tentera laut.

Ia mungkin seperti pameran LIMA yang diadakan di Langkawi, atau mungkin lebih meriah lagi.

Pesta Laut Lumut itu dicadang diadakan Jun tahun depan dan ia akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri.

Datuk Seri Dr Zambry berkata kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Kedua Perisytiharan Lumut Sebagai Bandar Tentera Laut.

Kerajaan negeri juga akan meminta Kementerian Pelancongan supaya memasukkan pesta itu ke dalam kalendar pelancongan kebangsaan.

Pesta tahunan yang bermula pada 1980-an itu pernah dihentikan penganjurannya 10 tahun lepas apabila sambutannya merosot selepas tapak pesta dipindahkan ke Teluk Batik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");