Berita Hari Ini

PRN Sarawak ke-10: Guang Eng kena “Boooo”

Rakyat semakin cerdik memilih parti mana yang layak memimpin. Kebenaran semakin terbongkar dan segala muslihat pembangkang tidak menjadi menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10.

Apelah nasib si Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng ketika turun padang di Dun Padungan N 9 bersama calon Dap.

Malang bukan kepalang apabila Guang Eng di “Booooo” oleh ribuan penyokong Barisan Nasional yang ketika itu menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Guang Eng yang tampil bersama kira-kira 10 orang ahli Dap termasuk calon hingusan parti itu di Padungan, Wong King Wei mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Najib namun tindakan konon mesra beliau itu kemudiannya membawa padah apabila lebih 3,000 penyokong Barisan Nasional bertindak menolak beliau sambil bersorak dengan laungan “1Malaysia”.

Dengan malunya Guang Eng kemudian beredar dari kawasan itu. Mungkin dia tidak menyangka yang kepercayaan kini semakin kuat dan berpihak kepada Barisan Nasional.

Atau mungkin beliau menjangkakan bahawa kuasanya sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang sama kuat dengan di Sarawak. Jelas persepsi pemimpin “syok sendiri” ini salah sama sekali.

Dalam pada itu, Guang Eng sempat membuat sidang media selepas lawatan beliau di sekitar kawasan Padungan.

Apa yang memeranjatkan adalah, Guang Eng sibuk mempertikaikan kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud dan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat akan perkara tersebut.

Pelik sungguh, masalah di Pulau Pinang pun beliau tidak selesaikan, nak sibuk-sibuk minta Sprm siasat tentang negeri orang.

Sudah banyak paparan di media-media perihal tindakan Dap yang menindas rakyat dengan merampas tanah, perkara seperti ini tidak pula si Guang Eng minta mana-mana pihak membuat siasatan jika benar bukan kerajaan negeri yang lakukan.

Wahai Guang Eng, rakyat sekarang sudah sedar akan parti mana yang mampu membela nasib rakyat, atau parti mana yang tidak mengamalkan prinsip demokrasi selain menindas kaum lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");