Perak Hari Ini

Projek E-mel 1Malaysia inisiatif sektor swasta sepenuhnya: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan projek E-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam adalah inisiatif sektor swasta sepenuhnya dan ia langsung tidak membabitkan dana awam.

Katanya, penyertaan juga adalah secara sukarela dan mana-mana pihak yang enggan turut serta, mereka tidak perlu menyertainya.

Jelasnya, projek itu telah diluluskan oleh Unit Penilaian Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Projek E-mel 1Malaysia ini adalah sebahagian daripada tujuh projek ETP yang dirancang oleh kerajaan dan secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 di Ipoh, petang tadi.

Projek E-mel 1Malaysia akan dipelopori syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd yang melabur RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Pelaburan bagi projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Najib ketika merasmikan projek itu semalam berkata, e-mel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");