Perak Hari Ini

Pelaksanaan projek di Pulau Pangkor berjalan lancar dan ikut jadual

Pelaksanaan beberapa projek pembangunan di Pulau Pangkor berjalan mengikut jadual dan tempoh masa yang ditetapkan kata Adun Pangkor merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry  Abdul Kadir.

Beliau berkata, adalah wajar baginya untuk meninjau permasalahan rakyat di pulau itu serta mengetahui perkembangan projek yang telah dilaksanakan di kawasan berkenaan.

“Saya turun ke Pulau Pangkor untuk melihat perkembangan yang ada serta permasalahan rakyat dan ini adalah sebahagian daripada program turun padang yang saya laksanakan sejak dilantik sebagai Menteri Besar.

“Jika selama ini saya banyak melawat tempat dan kawasan lain, maka adalah wajar untuk saya turun ke DUN Pangkor dan setiap minggu saya pulang dan berada di kawasan.

“Hari ini, saya ingin melihat perkembangan di pulau pula bagi memeriksa beberapa projek yang telah dilaksanakan samada ia berjalan lancar atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau permasalahan penduduk dan melawat projek pembangunan di Pulau Pangkor, Ahad.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zambry berkata, penanda aras bagi kerajaan negeri ialah melalui program turun padang yang disarankan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Selain turun ke bawah meninjau permasalahan rakyat, Perdana Menteri juga meminta agar urusan protokol antara pemimpin dan rakyat dapat  dikurangkan dan terbaru, tiada lagi sambutan besar-besaran untuk menyambut ketibaan pemimpin atau Menteri Besar.

“Tiada lagi persiapan istimewa untuk menyambut Menteri Besar dan itulah pendekatan yang kita laksanakan dalam tempoh dua tahun ini,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");