Perak Hari Ini

PRU13 merupakan cabaran yang paling getir buat orang Melayu – YB Dato Hamidah

DAP sebenarnya tidak mahu pemimpin PAS menjadi Menteri Besar Perak tetapi atas kebijaksanaan pemimpin Umno terdahulu yang merangka undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak dengan bersyarat iaitu mestilah orang Melayu , Islam dan dari ahli sunnah waljamaah maka PAS dapat memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

“Kita lihat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina. “Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

YB Dato Hamidah juga Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng berkata demikian dalam ucapan beliau di mesyuarat Umno cawangan Kg. Seri Jaya, Kg Tersusun Jalan Gopeng dan di Kg Pisang.

Dalam ucapan beliau YB Dato juga berkata , walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Tidak hairanlah apabila Nizar hendak membuat sesuatu keputusan beliau akan merujuk kepada Ngeh dan Nga. Katanya lagi langkah pertama yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa memerintah negeri Perak ialah memberi hak tanah kepada penduduk Kampung Baru selama 999 tahun.

Seperti yang kita tahu Kampung Baru adalah didiami oleh penduduk Cina yang membantu pihak komunis dalam zaman komunis di Malaysia suatu ketika dahulu. Bagi mengenang jasa mereka DAP yang kita ketahui menggunakan idealogi komunis menganugerahkan tanah itu sebagai sumbangan istimewa daripada mereka.

“DAP memperjuangkan dua perkara iaitu agenda kristian dan satu lagi agenda komunis. samada kita sedar atau tidak orang Melayu sudah termakan kata-kata manis mereka. Mereka pandai menabur janji manis, sebab itu saya katakan PR itu adalah penipu rakyat. PAS dan PKR umpamanya sudah menjadi ‘pak turut kepada DAP” jelasnya.”

Dalam ucapan itu juga , beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digelar ‘parti kelentong rakyat dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelas YB Dato Hamidah Osman.

Dalam pada itu YB Dato Hamidah sudi menyumbangkan sejumlah RM3000 kepada cawangan Umno Kg Tersusun, satu set peralatan kompang kepada Umno Cawangan Kg Seri Jaya dan peralatan jersi bola kepada Pemuda Umno Cawangan Kampung Pisang.

YB Dato Hamidah melawat dan menyumbangkan sejumlah wang dan kerusi roda untuk En Mutalib.

Di kesempatan itu juga, YB Dato Hamidah Osman sempat melawat warga emas yang terlantar sakit di rumahnya dekat Kampung Seri Jaya. YB Dato sudi menyumbang sejumlah wang dan menjanjikan satu set kerusi roda untuknya bebas bergerak.

Persoalannya adakah benar-benar orang Melayu masih boleh berkuasa setelah menyerahkan tanah air mereka kepada kaum Cina.

Adakah orang Melayu boleh hidup selesa setelah tanahair mereka dikuasai oleh orang asing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");