Perak Hari Ini

Rakyat Perak kembali sokong UMNO

Kekalutan berterusan yang berlaku dalam parti pembangkang menjadi punca semakin ramai rakyat Perak kembali menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan terbaru, 67 daripadanya membuat keputusan untuk menyertai UMNO Bahagian Larut.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata daripada jumlah itu, 35 daripadanya adalah penyokong atas pagar dan beliau mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai satu petanda baik yang akan mengukuhkan lagi parti menjelang pilihanraya umum (PRU) ke- 13.

“Saya percaya daya kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menyakinkan rakyat bahawa hanya UMNO yang mampu membela nasib dan masa depan orang Melayu.

“Kekalutan yang berlaku dalam parti pembangkang juga menjadi faktor pengikut mereka hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu yang tiada arah dan tujuan.

“Dengan tindakan mereka menyertai UMNO Bahagian Larut, saya percaya lebih ramai lagi yang akan tampil untuk menyertai parti ini, sekaligus memperkasakan lagi perjuangan kita dalam membela nasib rakyat,” katanya selepas menerima borang permohonan menjadi ahli UMNO di Kampung Bukit Nering.

Turut hadir pada majlis itu, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Hasbullah Elias dan ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut serta Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim.

Beliau yang juga Adun Kubu Gajah, berkata rakyat semakin sedar bahawa mereka memerlukan parti yang benar-benar serius seperti UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Rakyat juga katanya, kini lebih pandai menilai kredibiliti parti dan pemimpin mereka dan tidak akan teragak-agak untuk menolak mana-mana pemimpin yang hanya mabuk atau gila kuasa.

Pada 26 Mac lalu, seramai 30 orang dari Kelian Chinei menyertai UMNO dan borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");