Isu Panas

Ramai pelik mengapa kali ini pembangkang tolak pulak Suruhanjaya Diraja – Najib

Ini komen terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak mengenai isu video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempersoalkan sikap pemimpin pembangkang yang tidak pernah konsisten sehingga sanggup mengadaikan prinsip bila satu-satu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Sebaliknya kata Najib, mereka akan mengambil kesempatan bila ada isu yang menguntungkan sahaja.

Menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin mereka berhubung kontroversi video seks sekarang.

“Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip,” katanya menjawab soalan mengenainya di sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai pendirian semua Ahli Parlimen pembangkang menolak cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar hujung bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

“Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

“Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja,” kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz Khamis menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada Suruhanjaya Diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

“Memorandum daripada Perkasa berhubung isu video seks menguatkan lagi hujah untuk dibawa kepada pengetahuan kabinet pada mesyuarat esok, manakala usul berkaitan kematian anggota kastam akan diperhalusi sementara menunggu siasatan polis selesai,” kata Nazri-7/4/2011

BERITA SEBELUM INI

Nazri bawa cadangan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks ke kabinet Jumaat ini…nak ‘settle once and for all’

OLEH ROSLAN BIAN

Harapan rakyat negara ini untuk mendapat kebenaran secara telus dan terbuka tentang isu video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan menjadi kenyataan.

Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga portfolio undang-undang memberitahu satu sidang media di bangunan Parlimen pagi Rabu beliau akan membawa cadangan bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja ke mesyuarat kabinet Jumaat ini.

Katanya beliau sendiri akan menyokong cadangan berkenaan.

Beliau berkata isu ini harus di ‘settle once and for all’ .

Menurut Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu selepas Datin Seri Wan Azizah Ismail menafikan lelaki terbabit hubungan seks dengan pelacur China dalam video itu adalah suaminya.

Katanya, kerajaan dan orang ramai perlu tahu mengenai kebenaran mengenai siapa dalam video itu selepas penafian Anwar dan Azizah.

Ia juga bertujuan membersihkan nama kerajaan atau UMNO yang kerap dituduh pembangkang terbabit sesuatu isu berkaitan pembangkang.

Menurut beliau, tiada soal peribadi dalam isu ini tetapi disebabkan penafian tersebut, seolah-olah kerajaan terbabit dengan video itu.

“Kita perlu buktikan dan tahu siapa dalam video tersebut.Kenapa (pembangkang) perlu takut. Kerajaan dan BN juga ambil risiko dengan penubuhan suruhanjaya ini,”.

“Kalau bukan (Anwar), ini peluang mudah jadi PM,” katanya Nazri lagi.

Sementara itu ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim memberitahu Agendadaily, adalah tanggungjawab kerajaan mencari kebenaran dalam isu video tersebut.

“Selagi tidak diselesaikan, ini jadi kekalutan pada rakyat. Kita juga tak mahu ini (kekalutan) kerana satu orang (iaitu Anwar),” katanya.

Katanya, tidak ada sebab mengapa pembangkang termasuk pemimpin PKR tidak setuju dengan penubuhan suruhanjaya itu yang bertujuan mencari kebenaran.

“Jika mereka tak mahu, mereka berat sebelah. Sebelum in, mereka yang kerap minta ditubuhkan (suruhanjaya),” ujar beliau.

Bagi Zahrain, rakyat perlu tahu kebenaran dan siasatan suruhanjaya itu kelak akan menjawab segala teka teki siapa lelaki dalam video itu sebenarnya.-6/4/2011

Kenapa Suruhanjaya Diraja siasat video seks perlu…

Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kata Suruhanjaya Diraja untuk siasat video seks perlu bukan saja untuk kenalpasti siapa ‘ aktor’ dan ‘aktres’ tapi juga untuk membersihkan nama Barisan Nasional yang dituduh mastermind dibelakang pendedahannya.

Beliau yang turut jaga portfolio undang-undang juga mempersoalkan tuntutan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bahawa empat saksi perlu untuk membuktikan lelaki dalam video itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya memandangkan sudah ada video yang disahkan tulen empat saksi tidak perlu.

Menurut Nazri undang-undang mengenai saksi jika tidak ada bukti yang mengaitkan seseorang dengan kesalahan dilakukan maka saksi diperlukan.

Bercakap di satu majlis dekat Kuala Kangsar Ahad,Nazri tidak Nampak apa sebab mengapa Anwar perlu takut dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja.

Malah katanya,jika lelaki dalam video itu bukan Anwar ia akan memberi mileage politik kepada pembangkang.

“Jadi apa perlu takut,”katanya.

Menteri itu juga menegaskan penubuhan suruhanjaya itu perlu kerana siasatan polis telah mengesahkan video itu sah.-3/4/2011

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");