Berita Hari Ini

RM59.7 juta untuk PBT di Sarawak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak RM59.7 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sarawak tahun ini untuk memastikan projek yang diperlukan rakyat dapat dilaksanakan, kata Menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Beliau berkata, setakat 28 Februari lalu, kira-kira RM22.1 juta peruntukan diagihkan untuk melaksana projek kecil di kawasan PBT selain tambahan RM28.3 juta lagi untuk geran tahunan dan RM9.3 juta untuk Sumbangan Membantu Kadar 2011.

“PBT diminta melaksanakan projek tersebut dengan segera supaya rakyat tahu keperluan mereka tidak diabaikan,” katanya ketika berucap pada majlis terima geran tahunan dan Sumbangan Membantu Kadar Tahun 2011 di Miri, malam tadi.

Chor berkata, kementerian sentiasa memberi perhatian kepada usaha mempertingkatkan kecekapan PBT di Sarawak dalam memberikan perkhidmatan perbandaran terbaik kepada penduduk setampat.

Katanya, dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PBT, kementerian telah melaksanakan sistem penggredan PBT yang dikenali Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");