Perak Hari Ini

Program Gerak Sukarelawan Pimpinan Muda bagi golongan muda di Perak

Kerajaan Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan memperkenalkan program Gerak Sukarelawan Pimpinan Muda bagi golongan terbabit menjadi sukarelawan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, GSPM juga diharap mampu melahirkan sukarelawan di kalangan generasi muda yang membantu mangsa kemalangan atau bencana alam khususnya di kawasan masing-masing.

Katanya, melalui program itu kerajaan negeri boleh mengenalpasti golongan muda yang perlu dipertingkatkan keupayaan mereka, sama ada di kawasan bandar atau sebaliknya.

“Kurang keyakinan diri dan tiada pendedahan luar dikenalpasti sebagai penyebab golongan muda di Perak kurang memberi khidmat secara sukarela kepada yang memerlukan dan kita akan mengatasinya,” katanya.

Katanya, GSPM juga sebahagian daripada aktiviti berterusan YBUDR untuk mengupayakan generasi muda yang datang daripada latar belakang berbeza dan kawasan yang jauh dari arus kemodenan.

“Demi mengupayakan generasi muda di Perak, kerajaan negeri melalui YBUDR menggalas tanggungjawab ini dengan memberi keyakinan semula kepada diri mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");