Perak Hari Ini

Takaful Ikhlas Sumbang Kerusi Roda Dan Nebulizer Berjumlah RM20,000 Kpd Dua Hospital Di Ipoh

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) menjadikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 sebagai platform terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya.

Sumbangan berbentuk kerusi roda dan nebulizer berjumlah RM20,000 telah diserahkan kepada dua hospital di Ipoh.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful IKHLAS, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata objektif utama sumbangan adalah mengeratkan hubungan di antara warga Takaful IKHLAS dengan kakitangan kedua-dua hospital di samping melibatkan diri secara aktif dalam pembentukan masyarakat penyayang serta memupuk budaya bersedekah.

“Sumbangan tersebut diserahkan kepada Hospital Besar Ipoh dan Hospital Ar-Rizuan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Takaful Ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Syed Moheeb berkata, pihak Takaful Ikhlas berterima kasih kedua-dua pihak hospital kerana telah membantu di dalam melaksanakan pemeriksaan perubatan percuma di ruang pameran Takaful Ikhlas sempena MSAM kali ini.

Katanya program tersebut sebagai usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan perlindungan perubatan di kalangan masyarakat.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");