Berita Hari Ini

TVi bukti Industri penyiaran di Sarawak semakin membangun

Rakyat Sarawak bakal menikmati satu lagi kemajuan dalam industri penyiaran dengan perlancaran saluran television baru iaitu TV Interaktif (TVi).

Saluran televisyen 24 jam khas itu merupakan usaha kerajaan untuk rakyat Sarawak dan Sabah dan bakal memulakan siarannya melalui saluran Astro 180 pada Ahad.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memberitahu sasaran utama kerajaan adalah untuk memberian perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Katanya, tidak kurang 45 peratus kandungan saluran television berkenaan adalah mengutamakan rancangan samada dari Sabah atau Sarawak.

“Kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak. Hanya sesegmen kecil dari punca-punca lain. Tetapi ini tidak bermakna berita asas-asas nasional tidak diberi.

“Saluran TVi ini diwujudkan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro dan isu-isu, berita dan rancangan terkini yang melibatkan remaja dijadikan keutamaan.

Justeru katanya, saluran Astro 180 yang sebelum ini menyiarkan Muzik Aktif akan bertukar kepada saluran TVi.

Beliau berkata, sebagai permulaan, kementeriannya akan membekalkan 2,000 alat decoder untuk penduduk di pedalaman supaya golongan itu turut dapat menikmati program-program saluran tersebut.

Selain itu, menurut Rais, kelahiran TVi bukan sahaja merupakan hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri malah ia merupakan pencetus hubungan bijak antara sektor awam dan swasta.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mahu TVi turut menerapkan gagasan 1Malaysia dalam program-programnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");