Perak Hari Ini

Velodrom Ipoh masih kukuh

NAIM (kiri), Amarjit (dua dari kiri) Darshan dan Beasley ketika memeriksa Velodrom Rakyat di Ipoh, semalam.
Jawatankuasa dapati hanya sedikit permukaan trek perlu dibaik pulih

VELODROM Rakyat di Ipoh masih ‘kukuh’ dan hanya perlu dibaik pulih kata Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA), Tan Sri Darshan Singh dalam satu kenyataan, semalam.

Velodrom itu diperiksa jawatankuasa bersama yang dibarisi Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Wahab dan timbalannya, Datuk Naim Mohamad manakala PCA diwakili Darshan dan naib presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill, serta ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley.

Kelima-lima ahli jawatankuasa berkenaan mengambil masa lebih sejam memeriksa keadaan permukaan trek kayu velodrom yang dibina pada 1986.

“Kami semua sependapat, buat masa ini, tidak perlu menukar keseluruhan permukaan trek,” kata Darshan yang menjadi pencetus kepada pembinaan velodrom berkenaan. “Trek ini hanya perlu dibaik pulih dengan sebahagian jalur kayu, manakala sebahagian lagi diperkemaskan.

“Di beberapa bahagian lain, kerja-kerja meratakan permukaan perlu dilakukan.”

Aktiviti perlumbaan dan latihan di Velodrom Rakyat terpaksa dihentikan awal Mac lalu bagi memastikan keselamatan pelumba, serta membolehkan pemeriksaan rapi dilakukan.

“Kini selepas pemeriksaan terperinci, saya lega kami tidak perlu membelanjakan jumlah yang besar,” kata Darshan.

“Memang ia bukan penyelesaian jangka panjang kerana permukaan kayu velodrom terbuka ini terdedah kepada faktor cuaca.”

Sementara itu, Beasley berkata, mustahil untuk menjamin pelumba yang terjatuh di atas permukaan kayu berkenaan tidak akan tercucuk serpihan kayu. “Velodrom kelas dunia seperti di Manchester dan Apeldoorn, Belanda juga belum tentu dapat menjaminnya. Ia adalah sebahagian daripada berbasikal trek dan anda tidak dapat mengelaknya,” kata Beasley.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");