Perak Hari Ini

YBU bantu ibu tunggal

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) akan memberi tumpuan dalam usaha membantu golongan ibu tunggal di negeri ini mampu berdikari seterusnya memajukan diri sendiri.

Pengurusnya, Isfarina Mohd Bali berkata, beberapa inisiatif seperti bantuan membina kemahiran serta membesarkan perniagaan dikenal pasti untuk disalurkan kepada golongan tersebut.

”Pada masa ini, kita belum mempunyai sasaran untuk membantu berapa ramai ibu tunggal dalam masa setahun kerana kita sedang mengumpulkan data bilangan ibu tunggal yang ada di negeri ini.

”Melalui data ini, kita dapat kenal pasti golongan ibu tunggal yang merupakan antara kumpulan sasar yang akan dibantu oleh yayasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Satu Inisiatif Yayasan Bina Upaya Perak Bersama Gabungan Ibu-ibu Tunggal Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, dua ibu tunggal iaitu Pengerusi Penaja Gabungan Ibu-ibu Tunggal Negeri Perak, Asmah Hamzah dan Bendahari Persatuan Ibu-ibu Tunggal Nur Kasih, Sabariah Lamin, menerima anugerah khas Ibu Contoh.

Sementara itu, Asmah berkata, Gabungan Ibu-ibu Tunggal Negeri Perak bercadang untuk menubuhkan satu koperasi menjelang hujung tahun ini bagi membantu golongan tersebut.

Katanya, pada masa ini, penubuhan koperasi itu masih di peringkat perbincangan.

”Pada masa ini, Gabungan Ibu-ibu Tunggal Negeri Perak menggabungkan enam persatuan ibu tunggal dengan jumlah keahlian sekitar 3,000 orang.

”Kita jangkakan masih ramai ibu-ibu tunggal yang belum menjadi ahli dan kita harap dapat mendaftarkan sekurang-kurangnya 1,000 orang ahli baru pada tahun ini,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");