Perak Hari Ini

Zambry perkenal sesi teh tarik untuk dekati rakyat Perak

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperkenalkan sesi teh tarik sebagai alternatif terbaru untuk bersemuka mereka yang berkomunikasi dengannya menerusi media interaktif Facebook dan Twitter.

Sebagai langkah permulaan, sesi pertama pertemuan itu akan diadakan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di bandaraya ini, Ahad ini.

Beliau berkata, sesi berkenaan diadakan khusus untuk berinteraksi dengan mereka yang sebelum ini hanya berhubung dengan beliau melalui Facebook dan Twitter.

“Sebelum ini saya berinteraksi dengan mereka secara maya tetapi kali ini saya nak jumpa. Mungkin pada pertemuan itu saya dan mereka boleh berkongsi sesuatu idea.

“Saya seboleh mungkin ingin menemui semua kenalan pada sesi itu, tetapi mungkin terpaksa menghadkan bilangannya untuk menyesuaikan dengan lokasi pertemuan,” katanya.

Sumber : Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");