Kolumnis

TAK RASIS SANGATLAH DAP YER?

Pasar Basah Gunung Rapat, sebenarnya lebih sesuai kalau dinamakan sebagai Pasar Cina Gunung Rapat. Sebabnya ia memang pasar Cina, sepenuhnya Cina dan berada di bawah kekuasaan Cina tanpa boleh dicampurtangan oleh Melayu walau seinci beras pun. Pasar terletak di pekan Gunung Rapat. Gunung Rapat pula, wakil rakyatnya adalah DAP. Dan seperti biasa, di mana-mana sahaja DAP berkuasa, maka jangan haraplah akan ada kaum lain yang menumpang sama. Itu pun DAP masih sibuk mengata yang UMNO pengamal rasis walaupun di mana sahaja UMNO berkuasa, kaum lain tidak pernah diketepikan dan ruang akan dibuka luas untuk perkongsian.

Pasar ini mempunyai cerita yang sangat menarik. Khabarnya Majlis Bandaraya Ipoh sudah pun membuat keputusan untuk memindahkan pasar ini ke tempat yang lebih selesa, menarik dan bersih. Malangnya, para peniaga dengan dibantu oleh ahli-ahli politik DAP campurtangan serta menghalang MBI daripada memindahkan para peniaga di pasar tersebut. Mereka tidak mahu pasar itu dipindahkan. Mereka juga tidak mahu pasar itu dipermodenkan.

Sebabnya mudah, kalau MBI pindahkan para peniaga ke tempat baru atau membina pasar yang lebih moden, maka akan ramailah orang Melayu yang menumpang berniaga di dalam pasar berkenaan. Daging babi terpaksa dikhaskan di ruang yang tertutup dan air dari kawasan babi tidak boleh dialirkan sesuka hati. Semakin ramai orang Melayu yang tumpang berniaga di pasar yang sama, akan menyebabkan dominasi peniaga-peniaga yang kebanyakannya pengikut DAP yang setia, akan tergugat.

Hal sebegitu sangat dipandang berat oleh DAP. Mana-mana ruang yang membolehkan orang Melayu berniaga, perlu ditutup secepat mungkin. Melayu hanya boleh jadi pembeli. Melayu tidak boleh jadi peniaga. Melayu hanya boleh jadi petani yang hasil pertanian mereka dijual kepada orang tengah berbangsa Cina dengan harga yang sangat murah. Orang Melayu tidak dibenarkan menjadi orang tengah. Begitu juga agen-agen borong, tidak boleh sama sekali ada orang Melayu. Kalau ada orang Melayu, perlu dicantas dan dibunuh secepat mungkin sebelum lebih ramai pemborong Melayu yang muncul dan mengancam pemborong Cina. Kalau ada juga Melayu yang dilepaskan untuk jadi pemborong serta orang tengah, Melayu berkenaan mestilah seperti Nizar Jamaluddin yang kalau DAP minta pun, akan terus dibaginya sambil tersengih-sengih kegembiraan!

Itu cerita sebenar yang berlaku di pasar Kampung Gunung Rapat. Dominasi Cina di kawasan tersebut tidak pernah berjaya dipecahkan oleh UMNO walaupun UMNO merupakan kerajaan negeri Perak. Sebarang usaha untuk mengasimilasikan atau pun menyeimbangkan polirasasi serta meminda demografi di kawasan akan digagalkan menerusi penyatuan penduduk-penduduk berbangsa Cina.

Anehnya, PAS begitu berbangga dengan DAP yang disifatkannya sebagai kawan rapat yang tidak pernah menentang Melayu dan Islam. Barangkali para pemimpin PAS tidak pernah datang ke pasar Gunung Rapat dan melihat sendiri apa yang terjadi di situ. Barangkali mereka hanya suka mendengar cerita-cerita pembohong daripada para pemimpin DAP atau mereka sendiri sebenarnya yang tertipu dengan sangkaan baik mereka terhadap DAP.

Masih tidak nampak bukti bagaimana rasisnya DAP dengan menutup sepenuhnya peluang Melayu di mana-mana sahaja mereka berada? Pulau Pinang adalah tempat terbaik untuk pembuktian. Manakala Ipoh pula adalah tempat terbaik untuk menunjukkan bagaimana DAP sebenarnya tidak pernah berwangi hati dengan mana-mana Melayu sekalipun Melayu yang terhegeh-hegeh hendak berkawan dengan mereka, terus-terusan memuji DAP sebagai parti setiakawan.

Di mana-mana sahaja DAP berkuasa, Melayu memang tertutup untuk sebarang peluang perniagaan. Kalau pun mereka tidak mampu menghalang orang Melayu untuk berniaga, DAP akan memastikan bahawa orang Melayu tidak boleh mendapat sebarang premis dalam pasar yang akan dibina. Kalau berpeluang juga Melayu untuk premis tersebut, mereka lebih rela premis lama dikekalkan dan mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan kerajaan negeri kerana enggan memperbaiki pasar lama itu.

Pasar Basah Gunung Rapat adalah buktinya!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");