Perak Hari Ini

Kerajaan negeri yakin capai sasaran setinggan sifar menjelang 2012

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau secara peribadi berpuas hati dengan beberapa pendekatan yang sudah dirangka dan sedang dilakukan semua PBT bagi menangani isu berkenaan.

“Sehingga kini kita sudah berjaya menyelesaikan 60 peratus masalah setinggan dan bakinya akan diteruskan sebelum berakhir tahun 2012.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membantu menaikkan taraf hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, antara prosedur atau pendekatan baru yang digunakan adalah penempatan ‘in-situ’ di mana penduduk terbabit tidak perlu dipindahkan ke tempat lain.

“Mereka hanya akan dipindahkan sekiranya tanah yang diduduki diambil balik pemilik tanah dan jika perbincangan yang dibuat dengan pemilik tanah berjaya, kerajaan negeri boleh membeli tanah itu untuk diberikan kepada (penduduk) setinggan yang sudaj lama menetap di situ.

“Usaha ini diharap dapat membantu rakyat hidup dalam keadaan lebih selesa dan berasa selamat, selain mengatasi masalah berkaitan pemilikan tanah yang sering berbangkit sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");