Perak Hari Ini

NASIB PENIAGA MELAYU DI PASAR CINA

Sudah 30 tahun, Salahuddin berniaga durian di hadapan Pasar Basah Gunung Rapat. Namun sepanjang 30 tahun itu jugalah, Salahuddin hanya mampu berniaga di tepi jalan, bukannya di dalam pasar yang rata-ratanya dikuasai oleh para peniaga berketurunan Cina.

Nasib Salahuddin mungkin berbeza sekiranya dia adalah seorang yang berketurunan Cina. Malah nasibnya juga mungkin berbeza sekiranya cadangan kerajaan negeri untuk merobohkan pasar lama itu untuk pembinaan pasar baru yang lebih moden, selesa dan lengkap tidak dihalang oleh persatuan penduduk yang didalangi oleh pemimpin DAP dan PKR.

Itulah nasib bagi para peniaga berbangsa Melayu. Mereka tidak akan diberikan tempat yang sewajarnya untuk berniaga. Tempat mereka berniaga hanyalah di kaki lima atas ehsan dan belas pemilik kedai serta tolak ansur penguatkuasa Bandaraya Ipoh. Sebarang pembinaan bangunan atau premis perniagaan akan dihalang kerana ruang untuk Melayu akan dibuka oleh pihak berkuasa.

Nasib Salahuddin sebenarnya tidak jauh bezanya daripada nasib Pasaraya Mydin yang sepatutnya beroperasi di bangunan bekas Super Kinta Ipoh yang menyaksikan kekecohan tercetus daripada kalangan peniaga serta persatuan peniaga Cina di kawasan tersebut. Mereka bagaimanapun berjaya menghalang Mydin daripada beroperasi di kawasan tersebut dan kerajaan negeri terpaksa memindahkan pelaburan Mydin ke sebuah kawasan baru di Jelapang.

Agak menarik kerana perkembangan rasis dan perkauman yang ditimbulkan oleh DAP serta PKR di Perak, tidak dilaporkan secara besar-besaran oleh UMNO dan Barisan Nasional. Namun ia akan menjadi berbeza sekiranya DAP, PKR dan PAS yang menjadi kerajaan seperti yang ditunjukkan pada 11 bulan mereka mentadbir Perak sebelum ditumbangkan oleh wakil mereka sendiri.

Sekiranya masih ramai Melayu yang beranggapan mereka adalah rasis, maka perhatikan nasib yang menimpa Salahuddin yang berniaga durian di hadapan Pasar Basah Gunong Rapat yang hanya mampu berpuas hati kerana sudah 30 tahun berniaga di situ dan bukannya kerana dalam tempoh tersebut, dia telah berjaya memperolehi tempat yang lebih baik di dalam kawasan Cina!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");