Perak Hari Ini

Rancangan Tanah Berkelompok

Banyak lagi kawasan rancangan Tanah Berkelompok dibuka bagi membolehkan rakyat miskin menyertainya.

Langkah ini dilihat akan membantu menggurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat yang tidak bertanah, terutama mereka yang memiliki keuarga besar.

Saya menghadiri dua mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang diadakan pada hari ini iaitu perigkat Daerah Kecil Selama dan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) LMS,Haji Harun Rawi. Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yiusop Abustan.

Juga dibincangkan ialah pembinaan skim rancangan rumah rendah bagi rakyat yang masih tidak bertanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah. Sebidang tanah seluas 5 ekar telah dikenalpasti di Pekan Kubu Gajah bagi tujuan tersebut.

Masalah tapak rumah bagi rakyat miskin dalam senarai E-Kasih juga turut dibangkitkan di mesyuarat tersebut, selain meluluskan permohonan lot-lot kosong bagi tujuan pertanian.

Pemberan geran tanah di kawasan Palong Tinggi untuk tujuan pertanian juga dibangkit dan dibincangkan di mesyuarat Jawatankusa Tanah LMS. – Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");