Perak Hari Ini

Siapa lagi nak sokong PAS?

Setelah banyak episod fitnah dan pembohongan yang dilakukan parti yang kononnya memperjuangkan Islam akhirnya 400 ahli Kelab Penyokong Parti PAS, kaum India Parlimen Tapah secara rela beralih ke landasan yang benar dengan menyokong Barisan Nasional.

Disebabkan hilang kepercayaan dan merasakan seolah-olah dipergunakan oleh pihak pembangkang kesemua mereka secara rasmi telah beralih untuk menyokong kepada kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rata-rata, kebanyakkan dari kumpulan ini dipercayai kecewa dengan perjuangan PAS yang tidak habis-habis membuat tuduhan palsu sedangkan parti itulah yang sepatutnya menegakkan kebenaran.

Justeru, kesemuanya mengambil keputusan untuk menjadi ahli MIC dan sekaligus mendokong konsep 1 Malaysia yang sehingga kini menjadi asas perpaduan kaum di Negara ini.

Selain itu, kesemua mereka juga memberitahu bahawa pihak pembangkang dengan sengaja telah memperkotak-katikkan ahli kelab terababit didalam mencapai kepentingan sendiri.

Paling teruk, dikatakan ada pemimpin PAS yang seolah-olah menggunakan mereka bagi memancing hati kaum India untuk meraih undi.

“Kami sedar kami telah membuat kesilapan besar pada Pilihanraya yang lalu dan pada hari ini, kami telah bernekad untuk memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional.

“Kami telah hilang kepercayaan terhadap PR kerana langsung tiada perubahan di kampung kami di Batu 3 Banir seperti mana yang pernah mereka janjikan dulu.

Dikesempatan itu, mereka memberitahu dengan pentadbiran Perak dan Barisan Nasional dibawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Dr. zambry Abdul Kadir kesemuanya sebulat suara yakin tidak ada lagi rakyat kaum India yang tercicir dari pembangunan negeri.

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Perak, Datuk S. Veerasingam yang berkata corak kepimpinan tertinggi BN merupakan sebab utama masyarakat India semakin menyokong parti itu.

Jelas beliau, dengan kemasukan kesemua 400 ahli kelab terbabit, ia dengan sendirinya akan membuka mata masyarakat lain yang masih lagi tertipu dengan helah pembangkang.

Katanya, MIC menjangkakan lebih 1,000 orang lagi bakal mendaftar masuk ke dalam parti BN di dalam masa terdekat ini.

Veerasinggam ditemui di Majlis Penyertaan beramai-ramai ahli kelab penyokong parti Pas ke BN dan Penyerahan Borang Keahlian parti itu di Dewan Dataran, Tapah hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Datuk Ismail Safian dan Ketua UMNO Bahagian Tapah, Shahruddin Abu Hassan mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa melawat sepupunya yang selamat pulang ke Rahmatullah tengah hari tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");