Perak Hari Ini

Siapa sebenarnya berbohong: DS Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan pembangkang yang mendakwa beliau melakukan penipuan dalam menarik pengundi baru yang mendaftar di kawasan Pulau Pangkor sebagai satu lagi bentuk pembohongan.

Jelas beliau, tindakan pakatan pembangkang yang sentiasa mengeluarkan fakta-fakta pembohongan sebenarnya hanyalah satu teknik murahan yang sengaja diada-adakan.

“Kita boleh lihat bagaimana mereka menipu… mula-mula meraka kata ada lebih 5,000 pengundi baru berdaftar di Pangkor… sekarang meraka kata 2,000 pula pengundi baru.

“Jadi inilah usaha mereka untuk meracuni fikiran rakyat iaitu dengan membuat pembohongan demi pembohongan,”  katanya.

Dalam pada itu, bagi Zambry persoalan penambahan mendadak pengundi baru sepatutnya lebih sesuai dijawab oleh pemimpin Pakatan Rakyat di beberapa kawasan.

Katanya, ini kerana dari pihak beliau sendiri ada mendapati berlaku pertambahan yang juga menunjukkan peningkatan pengundi baru di beberapa kawasan mereka.

Malah Zambry juga menyatakan kehairanan beliau terhadap peningkatan luar biasa pengundi baru terutama di kawasan yang dijangka memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka ada statistik.. kita pun mahu mereka jelaskan mengenai peningkatan pengundi di kawasan mereka.

“Seperti di Pasir Panjang wujud peningkatan pengundi sebanyak 1,022… saya tak tahu mana dia dapat pengundi ini dan jumlahnya begitu tinggi,” katanya lagi.

Justeru, beliau mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat Perak supaya menghentikan helah penipuan fakta yang diamalkan sekarang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");