Sukan Hari Ini

Zulfahmi raih tempat ke-11 GP Portugal

ESTORIL – Pelumba 125cc negara, Zulfahmi Khairuddin meneruskan rentak cemerlang pada musim kedua apabila meraih tempat ke-11 di Litar Estoril, Grand Prix Portugal.

Dia yang bersama pasukan AirAsia SIC Ajo Racing bermula di petak ke-15 mengekalkan konsistensi dari awal perlumbaan bagi memastikan lima mata menjadi miliknya yang meletakkan dia memungut 11 mata dan tempat ke-14 dalam kedudukan secara keseluruhan.

Kejayaan itu disambut penuh gembira oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali yang menyifatkan ia satu petanda baik buat pelumba Malaysia itu bagi meneruskan kejayaan cemerlang pada musim ini.

”Zulfahmi merupakan pelumba baru di dalam pasukan dan ditambah pengalaman setahun yang dia ada pada musim lalu, ia jelas membuktikan dia semakin berkeyakinan mengharungi musim 2011.

”Saya cukup gembira dengan Zulfahmi dan harus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AirAsia di atas inisiatif ini dan keyakinan yang Datuk Seri Tony Fernandes berikan,” kata Razlan.

Perlumbaan itu dimenangi Nicolas Terol yang merupakan kejayaan kali ketiga berturut-turut penunggang dari Sepanyol sekali gus mengukuhkan kedudukannya secara keseluruhan.

Dalam kelas MotoGP, Dani Pedrosa meraih kemenangan kejayaan sulung pada musim ini apabila mengecewakan juara dunia, Jorge Lorenzo manakala Casey Stoner meraih tempat ketiga. – AP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");