Perak Hari Ini

44 lagi penduduk Kampung Pinang A bakal terima geran.

PUSING – Lebih 44 keluarga di Kampung Pinang A di sini akan menerima geran tanah selepas proses serta kerja-kerja berkaitan telah siap dilakukan dan akan diserahkan kepada bakal pemilik berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan Pelancongan Dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya menjangkakan proses serta kerja berkenaan akan selesai  dalam masa terdekat.

Menurutnya, pemberian geran tanah tersebut dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan 44 penerima kali ini merupakan kumpulan kedua.

“Semua penerima berjumlah 90 peserta, kita telah serahkan 30 peserta pada Februari lalu dan bulan ini kita akan serahkan lagi 44 peserta yang telah dikenalpasti serta kita akan serahkan secepat mungkin.

“Apa yang penting adalah penduduk kampung tidak perlu berasa khuatir lagi kerana masalah yang berbangkit telah diselesaikan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kampung berkenaan.

Sinar Harian 8 Februari lalu menyiarkan 30 daripada 90 peserta Kampung Pinang A menerima surat hak milik tanah yang disempurnakan oleh Hamidah di Auditorium Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Hamidah berkata, walau bagaimanapun katanya, terdapat beberapa penduduk di kawasan berkenaan yang tidak termasuk dalam rangka penyerahan pada kali ini dan pihaknya akan merujuk perkara berkenaan dengan pihak berkaitan

“Kita terima aduan daripada beberapa penduduk di kawasan ini dan setelah diperiksa, nama mereka tiada dalam pelan penyerahan namun perkara ini sudah pun dimaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah, Kinta.

“Satu kajian akan dilakukan dan pejabat daerah telah bersetuju jika kawasan yang dimaksudkan berada dalam status tanah kerajaan serta bukannya persendirian, maka kita akan berikan in-situ kepada mereka,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada penduduk supaya membuat permohonan segera agar perkara berkenaan dapat diselesaikan segera.

“Saya pohon kepada mereka yang terlibat membuat permohonan segera agar perkara ini boleh diangkat ke mesyuarat jawatankuasa tindakan untuk kita tentukan keputusannya.

“Selain itu, apa yang penting peserta perlu memeriksa nama mereka di pejabat daerah supaya tidak berlaku keciciran daripada skim untuk kita selesaikan masalah setinggan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");