Berita Hari Ini

Benarkah media kita tidak bebas?

Media di negara ini masih belum mendapat kebebasan dalam menyampaikan maklumat, namun, sejauh manakah pengamal media menggunakan kebebasan itu sekiranya ia diberikan.

Dalam Forum`Perpaduan antara Blogger dan Media?’ anjuran BUM 2011 telah berbincang pelbagai isu termasuk berkaitan Akta Kebebasan Maklumat yang disampaikan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Lebih menarik, forum berkenaan telah menampilkan empat penceramah hebat termasuk Presiden NUJ, Hata Wahari, Kartunis, Zunar, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenivasan dan Wartawan Veteran, Cheam Toon Lee.

Apa yang dilihat forum ini seolah-olah memperlekehkan tindakan kerajaan BN dalam mengendalikan pengamal media dan blogger pro-pembangkang.

Kebanyakkan input dari penceramah berpendapat, kerajaan patut memberi sedikit ruang dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Malah, ada yang berpendapat media arus perdana mengalami impak yang paling teruk dalam berdepan dengan masalah kebebasan media berbanding blogger.

Ini kerana, media arus perdana tersekat dengan tuntutan-tuntutan politik Malaysia.

Bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran dalam perbincangan ini hanya boleh dijawab oleh rakyat yang menerima maklumat atau berita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");