Perak Hari Ini

Ini bukan masa untuk bergaduh:Koh Youn

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Chang Koh Youn menasihati pemimpin parti itu menumpukan kepada aspek pengukuhan parti dari menimbulkan kekecohan dalaman dikalangan ahli.

Tambah beliau, setakat ini Gerakan dalam proses untuk mengenalpasti calon-calon yang sesuai bagi pilihanraya akan datang.

“Ini bukan masa untuk kita timbulkan kekecohan atau pergaduhan… sebaliknya ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama kuatkan parti Gerakan.

“Dalam sesebuah organisasi… adalah normal sekiranya wujud kumpulan-kumpulan kecil yang menuntut kepimpinan baru… namun saya harap ia bukan satu penyebab untuk kita buat kecoh.

“Selama ini parti Gerakan tidak pernah tidur sebaliknya kami bekerja keras untuk menjaga kebajikan rakyat… jangan hanya disebabkan tidak puas hati yang kecil membuat rakyat tidak yakin dengan parti.

Justeru katanya, segala niat dan tidak puas hati dikalangan ahli Gerakan perlu dihentikan segera sebaliknya pemimpin parti itu perlu bekerja keras untuk menguatkan dan memperkukuhkan jentera.

Setakat ini di Perak sahaja, Gerakan telah menyenaraikan beberapa calon untuk bertanding di beberapa kawasan menjelang Pilihanraya nanti.

“Memang ada perubahan sedikit dalam senarai calon dari Gerakan… ada muka-muka baru yang kita tampilkan,”katanya kepada PeakToday.

Terdahulu, Koh Youn ditemui pada sidang media di Bangunan SUK, Perak pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");